Category Archives: Uncategorized

Logo_Syuen_College05

Program Kolej Syuen ada akreditasi sementara – MQA

By | Uncategorized | No Comments

Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) menjelaskan semua program yang ditawarkan di Kolej Syuen, yang didakwa tidak mempunyai akreditasi, mempunyai Akreditasi Sementara. MQA dalam kenyataannya berkata, semua program itu akan melalui proses penilaian akreditasi penuh apabila pelajar kohort pertama berada di tahun akhir pengajian sebelum tamat tempoh sah laku akreditasi sementara.

“Berdasarkan rekod MQA, semua program kolej tersebut telah diberikan Akreditasi Sementara sebelum sesuatu program boleh ditawarkan.”Walaupun program-program berkenaan hanya mendapat akreditasi sementara, ini bukan bermakna ia tidak mempunyai kelayakan MQA,” katanya.

Kumpulan pelajar itu mendakwa, diploma yang diperolehi dari kolej swasta berkenaan tidak diiktiraf MQA. Bagaimanapun, pengarah urusan kolej tersebut, M Shasi menafikan dakwaan berkenaan dan memberitahu bahawa pihaknya kini dalam proses bagi mendapatkan kelulusan penuh dari pihak yang berkaitan dan pengiktirafan akan diketahui pada awal Februari depan.

Selain itu, MQA juga berkata, pada masa ini pihaknya sedang menilai satu daripada program itu untuk akreditasi penuh. “Sekiranya program tersebut mematuhi semua standard yang ditetapkan, maka ia boleh dipertimbangkan untuk diberikan Akreditasi Penuh MQA,” menurut kenyataan itu lagi.

MQA turut menasihatkan pelajar mahupun orang awam agar membuat semakan Akreditasi MQA dahulu terhadap program yang ingin diikuti melalui Portal Daftar Kelayakan Malaysia(MQR) di http://www2.mqa.gov.my/mqr/ atau semakan program Akreditasi Sementara di http://www2.mqa.gov.my/pasp/.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Unit Hal Ehwal Awam dan Antarabangsa di talian 03-7968 7002 atau emel akreditasi@mqa.gov.my.

Sumber Asal: http://www.malaysiakini.com/news/369163